Friday, June 3, 2011

Sekali lagi menjadi pilihan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Bersyukur ke hadrat Allah..


pic from google


Esok Sabtu, 4 Jun 2011, CT Homestay sekali lagi menjadi destinasi untuk bakal 'Raja dan Ratu Sehari' meraikan majlis bersejarah mereka di sini.. CT Homestay telah ditempah sejak awal tahun lalu untuk dijadikan lokasi majlis perkahwinan Noor Hidayah binti Khalili dan Khairul Hassrey bin Ahmad Pakhrurazi.. Ini adalah kali kedua majlis kenduri kahwin diadakan di CT Homestay dan kami sangat berbesar hati dan berterima kasih kerana diberi kepercayaan dan berkongsi kegembiraan untuk bersama-sama meraikan hari bersejarah kedua mempelai ini..

Kami di CT Homestay berharap mempelai dan keluarga serta para jemputan berpuas hati dan selesa sepanjang berada di CT Homestay. Semoga perjalanan majlis akan berlangsung dengan lancar dan sempurna . InsyaAllah.

Salam kulaan.. Taduhan Kulaan, Teratak Keluarga