Saturday, December 10, 2011

PEMBERITAHUAN: Rate Harga Baru CT HOMESTAY 2012

Assalamualaikum

Apa khabar semua pembaca blog serta bakal penginap CT Homestay sekalian? Semoga Allah merahmati anda semua serta dimurahkan rezeki yang lebih luas untuk anda dan seisi keluarga..

Bagi tempahan mulai Januari 2012 tahun hadapan, CT Homestay akan mengenakan harga baru untuk penginapan di sini.. Pertambahan harga baru CT Homestay ini adalah selaras dengan kadar semasa serta penambahbaikan yang telah dilakukan oleh pihak CT Homestay. CT Homestay juga telah menambah mesin basuh serta tidak lupa buaian budak bagi memudahkan para penginap CT Homestay.. 

Untuk pertanyaan lanjut dan tempahan, boleh hubungi Haji Halim (013-2414108) / (014-7266141)


Pakej Baru di CT Homestay adalah seperti berikut :-

PAKEJ 1.
(1 bilik utama + hall + dapur + 2 bilik air)
4 ORANG DEWASA MAX. RM 200

PAKEJ 2.
(2 bilik + hall + dapur + 2 bilik air)
7 ORANG DEWASA MAX. RM 250
 
PAKEJ 3.
(3 bilik + hall + dapur + 2 bilik air)
10 ORANG DEWASA MAX. RM 300
 
PAKEJ 4.
(Sebuah rumah penuh)
11 - 15 ORANG DEWASA MAX RM 350

PAKEJ KENDURI KAHWIN.
Hubungi kami untuk rundingan harga

Friday, November 25, 2011

Kursus Asas Homestay (Fasa 2) & Kursus ACT Tourism by Kementerian Pelancongan Malaysia, Negeri Perak

Assalamualaikum

Pada 2 dan 3 November 2011 yang lalu, pihak CT HOMESTAY telah menghadiri Kursus Asas Homestay (Fasa 2) dan juga Kursus ACT Tourism yang telah dianjurkan oleh Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia, Negeri Perak bertempat di Homestay Klah, Sungkai, Perak.






Banyak maklumat yang diperoleh dan diajar oleh pihak penganjur untuk diaplikasikan oleh pemilik-pemilik homestay bagi meningkatkan lagi kualiti dan juga servis-servis sesebuah homestay. Pihak CT HOMESTAY juga turut mendapat input yang berguna dari kursus ini.

InsyaAllah, CT HOMESTAY serta rakan-rakan homestay berdekatan juga berhasrat bagi menaik taraf homestay-homestay di kawasan sekitar Feldajaya Trolak ini bagi memohon penjenamaan di bawah kategori KampungStay kerana permintaan yang tinggi dari para pelanggan.



Salam CT HOMESTAY,
Taduhan Kulaan, Teratak Keluarga

Friday, September 30, 2011

Jumpa kami di sini

Assalamualaikum

SHORT NOTE: 

Selain di Homestay.my, Kahwinmall, Mudah.com, Bliblah.com, iklan kami juga boleh dicari di OLX..

Do view us there :) 



Thank You

Thursday, September 29, 2011

Jom Tengok!

Assalamualaikum

Kami baru meletakkan satu tab Galeri CT HOMESTAY di website kami.. 
Kepada anda yang ingin melihat gambar-gambar terbaru CT HOMESTAY, bolehlah click di tab yang tertulis GALERI CT HOMESTAY
Semoga galeri tersebut sedikit sebanyak memberikan anda gambaran tentang CT HOMESTAY..


Keselesaan anda adalah keutamaan kami.. Terima Kasih


Monday, July 4, 2011

Sukan Bola Sepak PDRM Perak & Hari Keluarga TM Shah Alam

Assalamualaikum

Alhamdulillah rezeki CT Homestay semakin bertambah. Setelah CT Homestay menjadi lokasi majlis perkahwinan pada 4 Jun lalu, baru-baru ini dua lagi event telah berlangsung di sini. 

CT Homestay telah menjadi tempat penginapan bagi pasukan PDRM untuk majlis Sukan Bola Sepak PDRM Perak pada 24 Jun 2011 hingga 28 Jun 2011 yang lalu. Selain itu, pada Jumaat hingga Ahad lalu, 1 Julai 2011 hingga 3 Julai 2011, telah berlangsung Hari Keluarga TM Shah Alam. Pelbagai aktiviti telah diadakan di sini. Untuk kedua-dua event tersebut, lebih daripada 4 buah homestay dan khemah telah digunakan dan urusan penyewaan homestay-homestay lain dan khemah tersebut diuruskan oleh Haji Abd Halim (Pemilik CT Homestay). 

Bagi anda yang ingin mengadakan sambutan Hari Keluarga dan lain-lain event bolehlah menginap di CT Homestay. Satu homestay je tak cukup?? Inginkan khemah?? atau mahukan tempahan makanan dan minuman untuk event anda?? Jangan risau, CT Homestay akan menguruskan kelengkapan tersebut untuk kemudahan anda, InsyaAllah.. :)

Like FB page kami di sini:


Mereka juga sukakannya. Nak sharekan gambar ini dengan para pembaca CT Homestay. 



Waktu kemas-kemas homestay semalam, ternampak satu paper dilekat di tingkap hadapan homestay. Menarik dan unik.

Saturday, June 4, 2011

Majlis Perkahwinan Noor Hidayah dan Khairul Hassrey

Assalamualaikum

Alhamdulillah, siang tadi sudah selamat berlangsung majlis perkahwinan Puan Noor Hidayah binti Khalili dan Encik Khairul Hassrey bin Ahmad Pakhrurazi di CT Homestay.. Dan keluarga CT Homestay juga telah hadir ke majlis tersebut.. Mari kita berkongsi kemeriahan majlis perkahwinan ini bersama-sama..


khemah kenduri

ibu bapa pengantin perempuan


Hj. Halim dan Hjh. Siti bersama ibu bapa pengantin



makanan kenduri.. Sedap :)



Pengantin dan rombongannya baru tiba..


Romantiknya.. Pengantin makan beradap




cantik pelamin ni (di ruang tamu CT Homestay)

 

Bilik pengantin pun cantik (di bilik utama CT Homestay)
  

Signboard CT Homestay di depan rumah
perjalanan pulang.. Berderet lagi kereta


Inilah antara gambar-gambar yang sempat dirakam.. Untuk anda yang inginkan kelainan dalam majlis perkahwinan anda dan ingin menjadikan CT Homestay sebagai destinasi perkahwinan anda, hubungi kami segera.. Tempahan perlu dibuat selewat-lewatnya 2 bulan dari tarikh majlis berlangsung..

Friday, June 3, 2011

Sekali lagi menjadi pilihan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Bersyukur ke hadrat Allah..


pic from google


Esok Sabtu, 4 Jun 2011, CT Homestay sekali lagi menjadi destinasi untuk bakal 'Raja dan Ratu Sehari' meraikan majlis bersejarah mereka di sini.. CT Homestay telah ditempah sejak awal tahun lalu untuk dijadikan lokasi majlis perkahwinan Noor Hidayah binti Khalili dan Khairul Hassrey bin Ahmad Pakhrurazi.. Ini adalah kali kedua majlis kenduri kahwin diadakan di CT Homestay dan kami sangat berbesar hati dan berterima kasih kerana diberi kepercayaan dan berkongsi kegembiraan untuk bersama-sama meraikan hari bersejarah kedua mempelai ini..

Kami di CT Homestay berharap mempelai dan keluarga serta para jemputan berpuas hati dan selesa sepanjang berada di CT Homestay. Semoga perjalanan majlis akan berlangsung dengan lancar dan sempurna . InsyaAllah.

Salam kulaan.. Taduhan Kulaan, Teratak Keluarga

Wednesday, May 25, 2011

Suka-suka: Design pelamin dari family kami

Assalamualaikum

Anak lelaki sulung merangkap anak keempat Hj. Halim dan Hjh. Siti baru sahaja melangsungkan perkahwinannya pada 22 May yang lalu..

Apa yang menariknya adalah pelamin tersebut dibuat dan direka sendiri oleh abang ipar saya, Mohd Fazimi dan keluarga saya. Abang ipar mempunyai butik andaman keluarganya sendiri di Meru. Pelamin by abang ipar, idea and design by our family. Pelamin ini hanya berbekalkan barang-barang pelamin dari abang ipar dan pokok-pokok hidup dari halaman rumah yang disemai dari kecil oleh abah dan mama, Hj. Halim dan Hjh. Siti.


Pelamin made by our family


Our lovely family

Ehem, menghias pelamin hanya untuk suka-suka. Nak buka butik? InsyaAllah, kalau diizinkan.. Ameen :)


Monday, March 21, 2011

Terima Kasih Pengunjung CT Homestay!

Assalamualaikum


Alhamdulillah, musim cuti sekolah baru berakhir.. Dalam cuti ini, banyak tempahan yang CT Homestay telah terima.. Bersyukur ke hadrat-Nya dengan limpahan rezeki yang Allah kurniakan..

Alhamdulillah, kami juga mendapat 'feedback' yang memberangsangkan.. Jutaan terima kasih kepada anda semua :)

komen pengunjung kami di page CTHomestay



Dan semalam, pengunjung kami Puan Melur dan keluarga yang telah menginap di CT Homestay selama 3 hari, telah berkunjung ke rumah kami.. Perkenalan dan kunjungan dari pengunjung-pengunjung CT Homestay sudah seperti saudara mara kami.. 

Puan Melur dan keluarga bersama pemilik CT Homestay :)


Mudah-mudahan ikatan silaturrahim antara pengunjung-pengunjung CT Homestay dan kami sentiasa berterusan.. Jemputlah berkunjung dan menginap di CT Homestay lagi.. Keselesaan dan kegembiraan anda adalah keutamaan kami (^_^) 


Terima Kasih.. Wassalam









Sunday, January 9, 2011

Majlis Perkahwinan Encik Azlan dan Pn. Siti, 1 Januari 2011

Assalamualaikum..

Tidak terlambat lagi rasanya untuk CT HOMESTAY mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua pengunjung CT HOMESTAY walaupun 10 hari dah berlalu.. Terima kasih kami ucapkan kepada anda yg pernah menginap di sini dan juga kepada pengunjung2 blog ini..Alhamdulillah, tahun baru 2011 ni dah bermula satu langkah baru di CT HOMESTAY..CT HOMESTAY bukan sahaja menyewakan homestay kepada customer yg ingin menginap untuk rombongan pengantin dan percutian sahaja tetapi juga kepada customer yg ingin menyewa homestay untuk majlis perkahwinan mereka.. :)

Pada Sabtu minggu lepas, 1 Januari 2011, majlis perkahwinan Encik Azlan dan Pn. Siti telah selamat dilangsungkan di homestay kami dan sekaligus menjadi customer pertama kami yg menyewa homestay ini utk melangsungkan majlis perkahwinan mereka..Tahniah dan Selamat Pengantin Baru kami ucapkan.. Di sini kami sertakan juga gambar-gambar di sepanjang majlis tersebut :))











Cepat2!! Hubungi kami untuk tempahan.. Cuti raya cina dah semakin dekat :))

Terima Kasih..