Monday, July 4, 2011

Sukan Bola Sepak PDRM Perak & Hari Keluarga TM Shah Alam

Assalamualaikum

Alhamdulillah rezeki CT Homestay semakin bertambah. Setelah CT Homestay menjadi lokasi majlis perkahwinan pada 4 Jun lalu, baru-baru ini dua lagi event telah berlangsung di sini. 

CT Homestay telah menjadi tempat penginapan bagi pasukan PDRM untuk majlis Sukan Bola Sepak PDRM Perak pada 24 Jun 2011 hingga 28 Jun 2011 yang lalu. Selain itu, pada Jumaat hingga Ahad lalu, 1 Julai 2011 hingga 3 Julai 2011, telah berlangsung Hari Keluarga TM Shah Alam. Pelbagai aktiviti telah diadakan di sini. Untuk kedua-dua event tersebut, lebih daripada 4 buah homestay dan khemah telah digunakan dan urusan penyewaan homestay-homestay lain dan khemah tersebut diuruskan oleh Haji Abd Halim (Pemilik CT Homestay). 

Bagi anda yang ingin mengadakan sambutan Hari Keluarga dan lain-lain event bolehlah menginap di CT Homestay. Satu homestay je tak cukup?? Inginkan khemah?? atau mahukan tempahan makanan dan minuman untuk event anda?? Jangan risau, CT Homestay akan menguruskan kelengkapan tersebut untuk kemudahan anda, InsyaAllah.. :)

Like FB page kami di sini:


Mereka juga sukakannya. Nak sharekan gambar ini dengan para pembaca CT Homestay. 



Waktu kemas-kemas homestay semalam, ternampak satu paper dilekat di tingkap hadapan homestay. Menarik dan unik.