Saturday, July 21, 2012

CT Homestay di Berita Harian

Assalamualaikum


Sudah lama rasanya blog ni tak berupdate. Tapi, tapi, tapi jangan sangka kami senyap.. Business still on dan beroperasi seperti biasa.

Pada 10 Julai (Selasa) yang lepas, CT Homestay telah dipaparkan dalam BH (Formerly Known as BERITA HARIAN)  di slot UTARA, N3.

Jom sambung baca bawah :-




Alhamdulillah, rezeki semakin bertambah.. Oleh itu, bagi anda yang ingin merasai kelainan menginap di homestay kami, boleh lah datang ke sini...




** P/s : Salam Ramadhan semua!!


Regards,

CT HOMESTAY

Saturday, March 3, 2012

FELDA MTB Jamboorace 25 & 26/2/2012

Assalamualaikum

Pada 25 dan 26 Februari yang lalu, kami telah menerima tetamu dari team cycling untuk FELDA MTB Jamboorace 2012 yang dianjurkan oleh Felda Residence Trolak dan L.E.A Training and Equipment. Sebanyak 12 buah homestay telah ditempah oleh mereka.

Jom kita layan gambar-gambar sepanjang Jamboorace tersebut. Pictures can tell a thousand words :)

tetamu yang menginap di homestay kami :)


















Terima kasih kepada anda semua yang memilih homestay kami sebagai tempat penginapan anda. Semoga terus sukses dan sentiasa sihat dalam berbasikal.

Tuesday, January 24, 2012

Cuti CNY yang busy

Assalamualaikum

Cuti Chinese New Year (CNY) baru-baru ini memang sangat busy.. Setiap hari dari hari Jumaat hingga hari ini berderet-deret customer menginap di CT Homestay. Alhamdulillah, rezeki dari Allah..

Seronok juga bila melihat ramai orang menginap di homestay-homestay sekitar. Membuatkan kawasan homestay tersebut meriah dengan aktiviti mereka sekeluarga.

Kami juga memohon maaf kepada mereka yang call untuk booking homestay tetapi homestay telah penuh. Jadi, di sini saya ingin mengingatkan kepada anda yang ingin booking homestay pada musim perayaan/cuti sekolah, sila booking awal bagi mengelakkan homestay tersebut dibooking oleh pihak lain. Untuk pembatalan juga, sila maklumkan pembatalan anda dengan kadar segera.

Selamat bercuti-cuti semua. 

p/s : Oh ya, cuti pada tanggal 4 Februari dan ke atas juga pasti hari yang busy nanti

CT Homestay
Taduhan Kulaan, Teratak Keluarga

Monday, January 16, 2012

Tetamu dari Les' Copaque Production

Assalamualaikum

Pada 14 hingga 15 Januari 2012 baru-baru ini, kami telah menerima tetamu dari Les' Copaque Production Sdn. Bhd. Siapa tidak kenal dengan kartun animasi popular Upin & Upin dan juga Geng: Pengembaraan Bermula yang telah dihasilkan oleh syarikat ni kan? Cerita yang sangat menarik dan menjadi ikutan kanak-kanak dan juga orang dewasa sendiri.


Pada hari tersebut, CT Homestay telah menguruskan 6 buah homestay untuk penginapan mereka dan kami juga turut menguruskan sewaan khemah dan katering. Kambing golek menjadi tarikan dan hidangan utama pada majlis itu yang dikendalikan oleh Chef dari Felda Residence Trolak.

Jom tengok gambar-gambar kenangan hari tersebut di bawah.

Ketibaan mereka dengan 1 bas, 1 bas mini dan 3 kereta.





Bas berhenti di hadapan CT Homestay




Di CT Homestay




Majlis di halaman rumah




2 chef dan kambing golek










kartun popular mereka, Upin & Ipin
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah menginap di sini. Bagi anda yang ingin mengadakan aktiviti seperti ini beserta khemah dan katering, bolehlah hubungi kami dan membuat tempahan awal.


CT Homestay
Taduhan Kulaan, Teratak Keluarga

Saturday, December 10, 2011

PEMBERITAHUAN: Rate Harga Baru CT HOMESTAY 2012

Assalamualaikum

Apa khabar semua pembaca blog serta bakal penginap CT Homestay sekalian? Semoga Allah merahmati anda semua serta dimurahkan rezeki yang lebih luas untuk anda dan seisi keluarga..

Bagi tempahan mulai Januari 2012 tahun hadapan, CT Homestay akan mengenakan harga baru untuk penginapan di sini.. Pertambahan harga baru CT Homestay ini adalah selaras dengan kadar semasa serta penambahbaikan yang telah dilakukan oleh pihak CT Homestay. CT Homestay juga telah menambah mesin basuh serta tidak lupa buaian budak bagi memudahkan para penginap CT Homestay.. 

Untuk pertanyaan lanjut dan tempahan, boleh hubungi Haji Halim (013-2414108) / (014-7266141)


Pakej Baru di CT Homestay adalah seperti berikut :-

PAKEJ 1.
(1 bilik utama + hall + dapur + 2 bilik air)
4 ORANG DEWASA MAX. RM 200

PAKEJ 2.
(2 bilik + hall + dapur + 2 bilik air)
7 ORANG DEWASA MAX. RM 250
 
PAKEJ 3.
(3 bilik + hall + dapur + 2 bilik air)
10 ORANG DEWASA MAX. RM 300
 
PAKEJ 4.
(Sebuah rumah penuh)
11 - 15 ORANG DEWASA MAX RM 350

PAKEJ KENDURI KAHWIN.
Hubungi kami untuk rundingan harga

Friday, November 25, 2011

Kursus Asas Homestay (Fasa 2) & Kursus ACT Tourism by Kementerian Pelancongan Malaysia, Negeri Perak

Assalamualaikum

Pada 2 dan 3 November 2011 yang lalu, pihak CT HOMESTAY telah menghadiri Kursus Asas Homestay (Fasa 2) dan juga Kursus ACT Tourism yang telah dianjurkan oleh Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia, Negeri Perak bertempat di Homestay Klah, Sungkai, Perak.






Banyak maklumat yang diperoleh dan diajar oleh pihak penganjur untuk diaplikasikan oleh pemilik-pemilik homestay bagi meningkatkan lagi kualiti dan juga servis-servis sesebuah homestay. Pihak CT HOMESTAY juga turut mendapat input yang berguna dari kursus ini.

InsyaAllah, CT HOMESTAY serta rakan-rakan homestay berdekatan juga berhasrat bagi menaik taraf homestay-homestay di kawasan sekitar Feldajaya Trolak ini bagi memohon penjenamaan di bawah kategori KampungStay kerana permintaan yang tinggi dari para pelanggan.



Salam CT HOMESTAY,
Taduhan Kulaan, Teratak Keluarga

Friday, September 30, 2011

Jumpa kami di sini

Assalamualaikum

SHORT NOTE: 

Selain di Homestay.my, Kahwinmall, Mudah.com, Bliblah.com, iklan kami juga boleh dicari di OLX..

Do view us there :) 



Thank You