Monday, January 16, 2012

Tetamu dari Les' Copaque Production

Assalamualaikum

Pada 14 hingga 15 Januari 2012 baru-baru ini, kami telah menerima tetamu dari Les' Copaque Production Sdn. Bhd. Siapa tidak kenal dengan kartun animasi popular Upin & Upin dan juga Geng: Pengembaraan Bermula yang telah dihasilkan oleh syarikat ni kan? Cerita yang sangat menarik dan menjadi ikutan kanak-kanak dan juga orang dewasa sendiri.


Pada hari tersebut, CT Homestay telah menguruskan 6 buah homestay untuk penginapan mereka dan kami juga turut menguruskan sewaan khemah dan katering. Kambing golek menjadi tarikan dan hidangan utama pada majlis itu yang dikendalikan oleh Chef dari Felda Residence Trolak.

Jom tengok gambar-gambar kenangan hari tersebut di bawah.

Ketibaan mereka dengan 1 bas, 1 bas mini dan 3 kereta.





Bas berhenti di hadapan CT Homestay




Di CT Homestay




Majlis di halaman rumah




2 chef dan kambing golek










kartun popular mereka, Upin & Ipin
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah menginap di sini. Bagi anda yang ingin mengadakan aktiviti seperti ini beserta khemah dan katering, bolehlah hubungi kami dan membuat tempahan awal.


CT Homestay
Taduhan Kulaan, Teratak Keluarga

0 comments:

Post a Comment