Saturday, October 19, 2013

CAWANGAN TERBARU CT HOMESTAY KINI MULA BEROPERASI ~ AL-AMIN HOMESTAY, SUNGKAI

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dengan rezeki yang diberi Allah SWT, CT Homestay kini mula melebarkan cawangannya di pekan Sungkai dengan membuka satu lagi homestay iaitu AL-AMIN HOMESTAY.

Al-Amin Homestay adalah sebuah homestay bercirikan rumah Semi-D yang terletak di Taman Sungkai Perdana, Sungkai (salah sebuah taman baru di pekan Sungkai) dan mula beroperasi pada pertengahan bulan September tahun ini.

Rumah tersebut mempunyai kemudahan yang sama seperti CT Homestay. Antara kemudahan-kemudahan yang ditawarkan adalah seperti berikut :-

- 3 bilik tidur dan 3 bilik air (Bilik tidur utama berhawa dingin di mana bilik tidur utama dan kedua mempunyai bilik air peribadi)
- Ruang tamu dan TV (ASTRO)
- Ruang makan
- Dapur dilengkapi peti ais dan peralatan memasak
- Car Porch (boleh muat 2 buah kereta)
- serta kemudahan-kemudahan lain

Ok, tak perlu taip banyak-banyak. Nak dapat gambaran lebih jelas, jom tengok gambar di bawah :)


Ruang tamu


Bilik utama beserta air cond dan bilik air


Bilik kedua beserta bilik air

Bilik air di bilik kedua


Bilik Ketiga

Bilik air ketiga


Dapur
Selain itu, Al-Amin Homestay juga berdekatan dengan :-

Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) Hot Spring Sungai Klah (10km)
Tol Sungkai (3km)
Felda Residence Trolak (10km)
Feldajaya Utara Trolak (10km)
MRSM Felda (10km)
Pusat Latihan Statistik (4km)
Kem PLKN Sinaran Suria, Sungkai (5km)
dan lain-lain

Kemudahan di persekitaran taman :-

Taman permainan kanak-kanak (50 meter)
Lot Kedai (100 meter)
Stesen Keretapi Sungkai (1km)
Stesen Bas Sungkai (1km)
Stesen minyak : Shell (100 meter), BHP (300 meter), Petronas (2km)
Kedai makan
Pekan Sungkai (2km)

Bagaimana untuk ke sini :-

-Keluar melaui Tol Sungkai
-Belok kanan
-Selepas traffic light di pekan Sungkai ( selepas Petronas), kira-kira 2km akan jumpa 1 lagi traffic light di kawasan perumahan.
-Belok kiri, masuk ke TAMAN SUNGKAI PERDANA


Alhamdulillah, walaupun baru sebulan Al-Amin Homestay dibuka, namun sambutan yang diberikan sangat menggalakkan.. Hampir setiap minggu Al-Amin Homestay dipenuhi pelanggan..

Jadi, apa tunggu lagi.. Jom menginap di cawangan baru kami sekarang! :)


Terima Kasih

CT HOMESTAY DALAM SATU SUARA - RISALAH FELDA

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, sekali lagi CT Homestay ditemubual melalui panggilan telefon untuk dipaparkan di media. Kali ini melalui akhbar SATU SUARA iaitu edaran percuma bagi semua warga FELDA.

Jom tengok risalah di bawah.. Pengenalan yang ringkas dan padat mengenai info CT Homestay kepada para pembaca..




Diharap pengenalan dan hebahan ini memberikan impak yang positif kepada para pembaca dan juga CT Homestay sendiri..

Jom cepat-cepatlah hubungi kami untuk tempahan.. Lambat-lambat nanti penuh :) Tempah sekarang ok! Kami sentiasa berbesar hati menerima anda sebagai tetamu kami...


Terima Kasih



Friday, May 31, 2013

DHAMIA HOMESTAY, KUALA KANGSAR

Assalamualaikum wbt

Apa khabar pencari dan penginap homestay sekalian.. Semoga anda ceria dan sihat sentiasa..

Bagi pelanggan yang mencari-cari homestay di Kuala Kangsar, CT Homestay ada penyelesaiannya. CT Homestay telah bekerjasama dengan Dhamia Homestay di Kuala Kangsar, Perak.

Dhamia Homestay adalah tempat yang strategik bagi anda yang ingin menginap di Kuala Kangsar dengan harga yang berpatutan dan penginapan yang selesa. Jom kita tengok gambar di bawah. 


Ruang Tamu






Semua 4 bilik

Dining room

Front view
Dhamia Homestay terletak di Taman Puncak Bougainvillea, Kuala Kangsar, Perak.
2 km dari Tol Kuala Kangsar.
5 km dari bandar Kuala Kangsar
Berdekatan dengan Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, MCKK, Sungai Perak, Istana Iskandariah.
Mempunyai 4 bilik tidur, 2 bilik air, dapur, ruang tamu dan ruang makan. 
Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti TV LCD & ASTRO dan lain-lain.

Kadar sewa : RM 200 sehari
Deposit : RM 50
Check In : 2 petang
Check Out : 12 tengahari
Untuk tempahan, hubungi En. Azhar 013-4616 302 atau En. Rosly 013-4862 343

Selamat Bercuti!! :)

Saturday, July 21, 2012

CT Homestay di Berita Harian

Assalamualaikum


Sudah lama rasanya blog ni tak berupdate. Tapi, tapi, tapi jangan sangka kami senyap.. Business still on dan beroperasi seperti biasa.

Pada 10 Julai (Selasa) yang lepas, CT Homestay telah dipaparkan dalam BH (Formerly Known as BERITA HARIAN)  di slot UTARA, N3.

Jom sambung baca bawah :-




Alhamdulillah, rezeki semakin bertambah.. Oleh itu, bagi anda yang ingin merasai kelainan menginap di homestay kami, boleh lah datang ke sini...




** P/s : Salam Ramadhan semua!!


Regards,

CT HOMESTAY

Saturday, March 3, 2012

FELDA MTB Jamboorace 25 & 26/2/2012

Assalamualaikum

Pada 25 dan 26 Februari yang lalu, kami telah menerima tetamu dari team cycling untuk FELDA MTB Jamboorace 2012 yang dianjurkan oleh Felda Residence Trolak dan L.E.A Training and Equipment. Sebanyak 12 buah homestay telah ditempah oleh mereka.

Jom kita layan gambar-gambar sepanjang Jamboorace tersebut. Pictures can tell a thousand words :)

tetamu yang menginap di homestay kami :)


















Terima kasih kepada anda semua yang memilih homestay kami sebagai tempat penginapan anda. Semoga terus sukses dan sentiasa sihat dalam berbasikal.

Tuesday, January 24, 2012

Cuti CNY yang busy

Assalamualaikum

Cuti Chinese New Year (CNY) baru-baru ini memang sangat busy.. Setiap hari dari hari Jumaat hingga hari ini berderet-deret customer menginap di CT Homestay. Alhamdulillah, rezeki dari Allah..

Seronok juga bila melihat ramai orang menginap di homestay-homestay sekitar. Membuatkan kawasan homestay tersebut meriah dengan aktiviti mereka sekeluarga.

Kami juga memohon maaf kepada mereka yang call untuk booking homestay tetapi homestay telah penuh. Jadi, di sini saya ingin mengingatkan kepada anda yang ingin booking homestay pada musim perayaan/cuti sekolah, sila booking awal bagi mengelakkan homestay tersebut dibooking oleh pihak lain. Untuk pembatalan juga, sila maklumkan pembatalan anda dengan kadar segera.

Selamat bercuti-cuti semua. 

p/s : Oh ya, cuti pada tanggal 4 Februari dan ke atas juga pasti hari yang busy nanti

CT Homestay
Taduhan Kulaan, Teratak Keluarga

Monday, January 16, 2012

Tetamu dari Les' Copaque Production

Assalamualaikum

Pada 14 hingga 15 Januari 2012 baru-baru ini, kami telah menerima tetamu dari Les' Copaque Production Sdn. Bhd. Siapa tidak kenal dengan kartun animasi popular Upin & Upin dan juga Geng: Pengembaraan Bermula yang telah dihasilkan oleh syarikat ni kan? Cerita yang sangat menarik dan menjadi ikutan kanak-kanak dan juga orang dewasa sendiri.


Pada hari tersebut, CT Homestay telah menguruskan 6 buah homestay untuk penginapan mereka dan kami juga turut menguruskan sewaan khemah dan katering. Kambing golek menjadi tarikan dan hidangan utama pada majlis itu yang dikendalikan oleh Chef dari Felda Residence Trolak.

Jom tengok gambar-gambar kenangan hari tersebut di bawah.

Ketibaan mereka dengan 1 bas, 1 bas mini dan 3 kereta.





Bas berhenti di hadapan CT Homestay




Di CT Homestay




Majlis di halaman rumah




2 chef dan kambing golek










kartun popular mereka, Upin & Ipin
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah menginap di sini. Bagi anda yang ingin mengadakan aktiviti seperti ini beserta khemah dan katering, bolehlah hubungi kami dan membuat tempahan awal.


CT Homestay
Taduhan Kulaan, Teratak Keluarga