Assalamualaikum
Pada 14 hingga 15 Januari 2012 baru-baru ini, kami telah menerima tetamu dari
Les' Copaque Production Sdn. Bhd. Siapa tidak kenal dengan kartun animasi popular
Upin & Upin dan juga
Geng: Pengembaraan Bermula yang telah dihasilkan oleh syarikat ni kan? Cerita yang sangat menarik dan menjadi ikutan kanak-kanak dan juga orang dewasa sendiri.
Pada hari tersebut, CT Homestay telah menguruskan 6 buah homestay untuk penginapan mereka dan kami juga turut menguruskan sewaan khemah dan katering. Kambing golek menjadi tarikan dan hidangan utama pada majlis itu yang dikendalikan oleh Chef dari Felda Residence Trolak.
Jom tengok gambar-gambar kenangan hari tersebut di bawah.
 |
Ketibaan mereka dengan 1 bas, 1 bas mini dan 3 kereta. |
 |
Bas berhenti di hadapan CT Homestay |
 |
Di CT Homestay |
 |
Majlis di halaman rumah |
 |
2 chef dan kambing golek |
 |
kartun popular mereka, Upin & Ipin |
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah menginap di sini. Bagi anda yang ingin mengadakan aktiviti seperti ini beserta khemah dan katering, bolehlah hubungi kami dan membuat tempahan awal.
CT Homestay
Taduhan Kulaan, Teratak Keluarga