Wednesday, May 25, 2011

Suka-suka: Design pelamin dari family kami

Assalamualaikum

Anak lelaki sulung merangkap anak keempat Hj. Halim dan Hjh. Siti baru sahaja melangsungkan perkahwinannya pada 22 May yang lalu..

Apa yang menariknya adalah pelamin tersebut dibuat dan direka sendiri oleh abang ipar saya, Mohd Fazimi dan keluarga saya. Abang ipar mempunyai butik andaman keluarganya sendiri di Meru. Pelamin by abang ipar, idea and design by our family. Pelamin ini hanya berbekalkan barang-barang pelamin dari abang ipar dan pokok-pokok hidup dari halaman rumah yang disemai dari kecil oleh abah dan mama, Hj. Halim dan Hjh. Siti.


Pelamin made by our family


Our lovely family

Ehem, menghias pelamin hanya untuk suka-suka. Nak buka butik? InsyaAllah, kalau diizinkan.. Ameen :)


Monday, March 21, 2011

Terima Kasih Pengunjung CT Homestay!

Assalamualaikum


Alhamdulillah, musim cuti sekolah baru berakhir.. Dalam cuti ini, banyak tempahan yang CT Homestay telah terima.. Bersyukur ke hadrat-Nya dengan limpahan rezeki yang Allah kurniakan..

Alhamdulillah, kami juga mendapat 'feedback' yang memberangsangkan.. Jutaan terima kasih kepada anda semua :)

komen pengunjung kami di page CTHomestay



Dan semalam, pengunjung kami Puan Melur dan keluarga yang telah menginap di CT Homestay selama 3 hari, telah berkunjung ke rumah kami.. Perkenalan dan kunjungan dari pengunjung-pengunjung CT Homestay sudah seperti saudara mara kami.. 

Puan Melur dan keluarga bersama pemilik CT Homestay :)


Mudah-mudahan ikatan silaturrahim antara pengunjung-pengunjung CT Homestay dan kami sentiasa berterusan.. Jemputlah berkunjung dan menginap di CT Homestay lagi.. Keselesaan dan kegembiraan anda adalah keutamaan kami (^_^) 


Terima Kasih.. Wassalam









Sunday, January 9, 2011

Majlis Perkahwinan Encik Azlan dan Pn. Siti, 1 Januari 2011

Assalamualaikum..

Tidak terlambat lagi rasanya untuk CT HOMESTAY mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua pengunjung CT HOMESTAY walaupun 10 hari dah berlalu.. Terima kasih kami ucapkan kepada anda yg pernah menginap di sini dan juga kepada pengunjung2 blog ini..Alhamdulillah, tahun baru 2011 ni dah bermula satu langkah baru di CT HOMESTAY..CT HOMESTAY bukan sahaja menyewakan homestay kepada customer yg ingin menginap untuk rombongan pengantin dan percutian sahaja tetapi juga kepada customer yg ingin menyewa homestay untuk majlis perkahwinan mereka.. :)

Pada Sabtu minggu lepas, 1 Januari 2011, majlis perkahwinan Encik Azlan dan Pn. Siti telah selamat dilangsungkan di homestay kami dan sekaligus menjadi customer pertama kami yg menyewa homestay ini utk melangsungkan majlis perkahwinan mereka..Tahniah dan Selamat Pengantin Baru kami ucapkan.. Di sini kami sertakan juga gambar-gambar di sepanjang majlis tersebut :))











Cepat2!! Hubungi kami untuk tempahan.. Cuti raya cina dah semakin dekat :))

Terima Kasih..

Wednesday, December 22, 2010

Homestay-homestay berdekatan kami

Assalamualaikum..

Untuk tempahan di CT HOMESTAY hubungi: 

HAJI HALIM ( 013-241 4108 )
HJH. SITI ( 019-412 2041 )

Apa khabar semua??masih di mood bercuti? Oh ya, kami baru update blog CT Homestay dengan template dan design terbaru..kami juga ada letakkan link tempat-tempat menarik untuk rujukan anda..boleh tgk dekat side bar ye ^___^

Di Feldajaya Trolak ini, selain CT Homestay terdapat banyak lagi homestay untuk pilihan anda. Jika CT Homestay penuh, kami bersama pemilik2 homestay di sini akan saling membantu, bekerjasama dan menempatkan anda di homestay lain yang ada kekosongan. Kualitinya tetap sama dengan keluasan rumah yang sama, cuma design rumah sahaja yang berlainan..Marilah lawati link homestay-homestay berdekatan dengan CT Homestay :))
Ahahh!! Utk penyewa yang tidak mahu masak sendiri di homestay, anda bolehlah order makanan di sini :)) sedap..sangat berbaloi..cubalah ye!
Contact no :
En. Abdul Razak b. Mohamed Yusoff ( 017-282 9360 ) 
Pn. Salbiah bt.Ismail ( 019-302 4690 )

Selamat bercuti! dari CT HOMESTAY :))

Thursday, December 16, 2010

Pengumuman baru!!!

Assalamualaikum wbt..

pic: credit to google image

Nak sewa homestay utk kenduri?? :)) kami di CT HOMESTAY ada menawarkan pakej utk buat majlis kenduri kahwin, pertunangan, reunion dan kenduri-kenduri lain..yela selalu org buat kenduri dkt halaman rumah (most commonly happen dlm majlis kahwin), kalo agak mewah sikit ada yang buat dkt dewan (ni pun dh selalu jugak org buat)..so ape kata kita buat lain dari yang lain sikit, yg jarang2 org buat..yela slalu org sewa homestay utk famili pengantin or kaum kerabat pengantin dtg bertandang je..skrg ni apa kata kita buat majlis kenduri kahwin tu dkt homestay pulak...kan best nampak grand je.. xgitu? ^___^

Kami ada first customer yang dah booked homestay ni untuk majlis kenduri kahwin dr 31 Disember 2010 hingga 1 Januari 2011 (fuiyoo..lamenye dr tahun 2010 smpai 2011 heheh)..tq En. Azlan dan pasangannya kerana memilih homestay kami utk majlis bersejarah anda...kepada anda yg nk melangsungkan perkahwinan dan rase2 nak buat majlis kahwin dkt homestay, jgn segan2 call kami ok!! ;)


salam..tq for read this..

Friday, June 4, 2010

Bagaimana Ke Sini??













PLAN KE CT HOMESTAY LOT 32, PERSIARAN MERANTI 2, FELDAJAYA UTARA TROLAK, 35600 SUNGKAI, PERAK

CT HOMESTAY

MAHUKAN PENGINAPAN YANG SELESA & BERPATUTAN??

Pastinya di CT HOMESTAY.. Banglo yang terletak di Feldajaya Trolak, Sungkai, Perak ini berkeluasan 1,550 kaki persegi..Ia amat sesuai utk percutian keluarga, penginapan bagi rombongan pengantin, kenduri kendara, konvokesyen dan lain2..Mempunyai 4 bilik tidur, 2 bilik air, dapur, ruang tamu (aircond), ASTRO, serta halaman yang luas untuk parking,BBQ atau majlis keluarga..Dilengkapi dgn perabot dan pelbagai kemudahan asas lain..Terbuka kepada MUSLIM sahaja..

KEMUDAHAN:


BILIK UTAMA



BILIK 2



BILIK 3


 
BILIK 4


RUANG TAMU & RUANG MAKAN



Anda boleh masak sendiri atau ke medan selera berhampiran..Antaranya di :-
 
-Medan Selera Feldajaya Trolak
-nikmati sate di ger
ai makan Sg. Klah (berhampiran simpang masuk ke Hot Spring Sg. Klah)
-Medan Selera di Pekan Slim River


CT HOMESTAY juga berdekatan dgn :-
  • TROLAK COUNTRY RESORT (5 minit)
  • FELDA GNG BESOUT (20 minit)
  • FELDA TROLAK (10 minit)
  • FELDA SG KLAH (15 minit)

NIKMATILAH PERCUTIAN DI LOKASI2 BERIKUT...
  • HOT SPRING SG. KLAH (20 minit)
  • KUALA WOH (1/2 jam)
  • LATA PONGSU (20 minit)
  • SG. BILL (1/2 jam)
  • DEER FARM, SUNGKAI

PUSAT PENDIDIKAN...
  • MRSM FELDA (next door)
  • POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH (20 minit)
  • UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, UPSI (1/2 jam)
  • GIATMARA TROLAK (5 minit)

PUSAT LATIHAN...

  • KEM PLKN SINARAN SURIA, SUNGKAI (5 km, 10 minit)
  • KEM PLKN NILAM EHSAN, BIDOR (20 minit)
BAGAIMANA UTK KE SINI??

Dari KL - melalui highway Utara Selatan keluar ke Tol Slim River
Dari Ipoh - melalui highway Utara Selatan keluar ke Tol Sungkai

KADAR SEWA??

Tak mahal pun..
harga masih boleh dirunding..



BERMINAT?? HUBUNGI :-

Hj. Halim (013-2414108) *utama
Hjh. Siti (019-4122041)


CEPAT!! BOOKINGLAH SEGERA...KEDATANGAN ANDA SENTIASA DIALU-ALUKAN..
...SALAM MESRA, SALAM UKH
WAH..SALAM KULAAN...



  SIMPANG KE HOMESTAY NI...

GUEST SERVICES:

  1. Check-in = 2 Petang
  2. Check-out =12 tghari
  3. FOR BOOKING/TEMPAHAN= membuat bayaran deposit dan wang deposit tidak akan dikembalikan sekiranya tempahan dibatalkan oleh pihak anda
  4. Wang deposit akan dikembalikan jika tiada sebarang masalah setelah check-out.
  5. Dilarang membawa masuk haiwan peliharaan.
  6. Dilarang membawa masuk barangan tidak halal disisi Islam seperti arak dan khinzir
  7. Tilam tambahan, toto, bantal, selimut, sejadah, peralatan BBQ, kerusi dan meja ada disediakan
  8. Jaga seperti rumah sendiri. Jaga kelengkapan rumah dengan cermat, kemas dapur/bilik tidur/keseluruhan rumah seperti sedia ada.
  9. Anda dilarang menjemput tetamu tanpa kebenaran. Hanya anda & yg dinyatakan sahaja sbg tetamu.Tetamu yang lebih akan dikenakan bayaran.
  10. Dilarang mencuri, mengambil & merosakkan kelengkapan di rumah ini. Setiap kerosakan akan dikenakan surcaj,kecurian akan dilaporkan kepada pihak berkuasa. 
  11. Offpeak tariff rate & Peak tariff rate akan di ambil kira dan boleh berubah atas persetujuan bersama