Friday, November 25, 2011

Kursus Asas Homestay (Fasa 2) & Kursus ACT Tourism by Kementerian Pelancongan Malaysia, Negeri Perak

Assalamualaikum

Pada 2 dan 3 November 2011 yang lalu, pihak CT HOMESTAY telah menghadiri Kursus Asas Homestay (Fasa 2) dan juga Kursus ACT Tourism yang telah dianjurkan oleh Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia, Negeri Perak bertempat di Homestay Klah, Sungkai, Perak.






Banyak maklumat yang diperoleh dan diajar oleh pihak penganjur untuk diaplikasikan oleh pemilik-pemilik homestay bagi meningkatkan lagi kualiti dan juga servis-servis sesebuah homestay. Pihak CT HOMESTAY juga turut mendapat input yang berguna dari kursus ini.

InsyaAllah, CT HOMESTAY serta rakan-rakan homestay berdekatan juga berhasrat bagi menaik taraf homestay-homestay di kawasan sekitar Feldajaya Trolak ini bagi memohon penjenamaan di bawah kategori KampungStay kerana permintaan yang tinggi dari para pelanggan.



Salam CT HOMESTAY,
Taduhan Kulaan, Teratak Keluarga

0 comments:

Post a Comment